Events, Seminar, Workshop & Training
BENGKEL PERSONALITI

Seminar Kunci Rahsia Potensi Diri
Seminar Asas mengenali Potensi Diri dengan cara mengetahui PERSONALITI GENETIK diri kita.
Berdasarkan kajian dari Linkedln mendapati 75% orang mengalami "Quater Life Crisis" dalam kerjaya dan Potensi Diri
Jadi ramai sukar memilih bidang bersesuaian apabila sambung belajar dan memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan Personaliti Diri
Kaedah termudah mengenali Personaliti dan Potensi Diri dengan Ujian Biometrik STIFIn. Setelah ujian Biometrik STIFIn dijalankan maka setiap individu dengan mudah Personaliti Diri berdasar Otak Dominan. Setelah mengetahui Otak Dominan maka secara langsung mengetahui Personaliti Genetik. Konsep STIFIn Personaliti Genetik adalah terbahagi kepada 5.
1) SENSING - Praktikal, Focus pada tindakan dan Hasil. Hebat dalam Memori dan tenaga yang banyak
2) THINKING - Logik, Analitikal dan berorentasikan pada sistem. Hebat dalam Data analisis dan nombor
3) INTUITING - Kreatif, Inovatif dan berfikir diluar kotak. Hebat dalam kreativiti dan "planning" masa depan
4) FEELING - Empati, Simpati dan Hubungan. Hebat dalam "Influence" dan "Convincing"
5) INSTING - Tindakan cepat dan suka membantu. Hebat naluri tajam serta pendamai
Setelah mengatahui Personaliti Genetik pelbagai rahsia kehebatan diri tersingkap dalam memudahkan menjalani kehidupan sesuai dengan Fitrah Diri yang dijadikan ALLAH pada setiap orang.
Berapa Lama Seminar Ini?
Hanya selama 4 jam sahaja. Boleh secara Offline & Online







STIFIn Institute Certification
WSL1 adalah program asas dan pembelajaran asas yang diperkenalkan oleh STIFIn untuk membantu individu memahami konsep STIFIn dan bagaimana ia boleh digunakan untuk mengenali potensi diri, personaliti, dan kecenderungan semula jadi. Workshop ini biasanya ditujukan kepada mereka yang baru mahu mempelajari tentang asas Konsep STIFIn
Workshop ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam dan memanfaatkan potensi terbaik mereka.
Apa Itu Workshop STIFIn Level 1?
Workshop STIFIn Level 1 adalah program pengenalan dan pembelajaran asas tentang:
Konsep STIFIn: Memahami 5 jenis personaliti utama (Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling, Instinct) dan bagaimana ia berkaitan dengan genetik dan potensi diri.
Aplikasi STIFIn: Bagaimana STIFIn boleh digunakan dalam kehidupan seharian, kerjaya, pendidikan, dan hubungan interpersonal.
Mengenal Diri: Peserta akan belajar mengenali jenis personaliti mereka sendiri dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, dan emosi.
Siapa yang Sesuai Menyertai Workshop STIFIn Level 1?
Individu yang ingin mengenali diri sendiri dan meningkatkan kualiti hidup.
Pelajar yang ingin memahami gaya belajar yang paling sesuai untuk mereka.
Profesional yang ingin meningkatkan prestasi kerja dan kemahiran komunikasi.
Ibu bapa yang ingin memahami anak-anak mereka dengan lebih baik.
Pemimpin atau Pengurus yang ingin membangunkan pasukan yang lebih harmoni dan produktif.
Berapa Lama Seminar Ini?
Hanya selama 1 hari sahaja. (9.00pagi – 4.30ptg)
Boleh secara Offline & Online

STIFIn Institute Certification

Workshop STIFIn Level 2 (WSL2)
Workshop STIFIn Level 2 (WSL2) adalah "Program Lanjutan" setelah Lulus WSL1 dalam kaedah STIFIn yang direka untuk mendalami pemahaman di level 3 kehidupan kita iaitu "Level Moraliti"
Seterusnya bagaimana aplikasi konsep STIFIn dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti pengembangan diri, perniagaan, pendidikan, dan hubungan sosial. STIFIn adalah satu kaedah yang mengelaskan personaliti manusia berdasarkan lima jenis kecerdasan utama:
Sensing (S), Thinking (T), Intuiting (I), Feeling (F), dan Insting (In).
Tujuan WSL2:
1) Mendalami Pemahaman: Peserta diajak untuk memahami konsep STIFIn dengan lebih mendalam, termasuk bagaimana setiap jenis personaliti berinteraksi dengan persekitaran.
2) Aplikasi Praktikal: WSL2 memberi tumpuan kepada cara menggunakan konsep STIFIn dalam kehidupan seharian, seperti membuat keputusan, mengurus pasukan, atau merancang strategi perniagaan.
3) Mengembangkan Potensi: Peserta diajak untuk mengoptimumkan potensi diri berdasarkan jenis personaliti STIFIn mereka.
4) Membina Sinergi: Memahami cara berinteraksi dan bekerjasama dengan orang yang mempunyai jenis personaliti berbeza.
5) Topik yang Biasanya Dibincangkan:
Analisis mendalam tentang 5 jenis personaliti STIFIn seterusnya penjelasan kepada sembilan(9) Personaliti Genetik(PG)
Teknik komunikasi berkesan berdasarkan jenis personaliti.
Strategi untuk mengembangkan diri dan kerjaya mengikut jenis STIFIn.
Cara membina pasukan yang harmoni dan produktif dengan memanfaatkan kekuatan setiap jenis personaliti.
Kajian kes dan simulasi untuk mengaplikasikan konsep STIFIn dalam situasi sebenar.
Siapa yg sesuai join WSL2 ni?
1) Individu yang telah menyertai Workshop STIFIn Level 1 (WSL1) dan ingin mendalami pengetahuan mereka.
2) Profesional yang ingin meningkatkan prestasi pasukan atau perniagaan.
3) Ibu bapa atau pendidik yang ingin memahami cara mendidik anak mengikut jenis personaliti mereka.
4) Sesiapapun yang ingin mengembangkan diri dan memahami orang lain dengan lebih baik.
Jika anda berminat, syarat minimum anda telah menyertai WSL1 terlebih dahulu sebagai asas sebelum melanjutkan ke Level 2.
Berapa Lama Seminar Ini?
Selama 2hari sahaja. (9.30pagi - 4.30ptg)
Boleh secara Offline & Online
STIFIn Institute Certification







Speak To Change - For Professional Speaker/Trainer Malaysia
Program yang dirancang dengan teliti dan Professional untuk anda menjadi seorang "Professional Trainer / Speaker" yang mampu mengubah dan pemangkin kepada perubahan besar bagi Audiens. Dengan 3 Asas Kunci Utama iaitu "Personal, Content & Delivery "
KENAPA PENTING & PERLU JOIN?
Sebagai professional speaker dan trainer, anda punya suara yang berkuasa untuk mengubah minda, menginspirasi tindakan, memotivasi, mentransformasi kehidupan ramai orang dan cipta impak besar. Namun, tanpa platform dan kemahiran yang tepat, mesej anda mungkin tidak sampai sepenuhnya. "SPEAK TO CHANGE" dirancang untuk membantu anda meningkatkan pengaruh, teknik penyampaian, dan nilai komersial sebagai pembicara dan fasilitator terkemuka di Malaysia.
APA YANG ANDA DAPAT DALAM TRAINING INI?
1) Branding Diri: Bangun imej sebagai speaker yang dicari & dihormati serta didambakan oleh ramai orang
2) Penyedian Content yang Powerfull: Diasah bagaimana menyediakan Content/Module yang "Masterpiece" untuk memenuhi kehendak dan menyelesaikan pemasalahan audience
3) Teknik Penyampaian Berkesan(Best of the Best Trainer): Kuasai seni public speaking yang memukau & persuasif.
4) Membina Sinergi: Memahami cara berinteraksi dan bekerjasama dengan orang yang mempunyai jenis personaliti berbeza.
5) Monetisasi Kemahiran
Pelajari cara dapatkan lebih banyak engagement & pendapatan melalui bercakap.
6) Tools & Strategi Terkini:
Pelajari pengunaan Tools digital, peralatan sesuai dan Psikologi audiens untuk maksimumkan impak.
BAGAIMANA CARANYA?
Program ini mencakupi:
1) Workshop Interaktif yang dipimpin/dipandu oleh Industri Leader selama 3hari 2 malam.
2) Mentoring & Coaching - berlangsung selama 3 bulan (Online & Offline) yang dibimbing oleh Coach berpengalaman luas
3) Latihan Praktikal & Simulasi - Peserta diberi peluang langsung berlatih secara praktikal untuk peningkatan keyakinan diri.
4) Akses Group - Diberi peluang langsung berkomunikasi dengan alumni untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar
Siapa yg sesuai join SPEAK TO CHANGE Ini?
1) Individu yang ingin meningkatkan keyakinan diri menjadi seorang Coach, Speaker, Trainer, Ketua yang disegani dan membina keyakinan diri bila berbicara dihadapan ramai orang
2) Profesional yang bekerja sehariannya perlu memberi tunjukajar dan bimbingan kepada pasukan
3) Pendidik samada sebagai seorang Guru, Pendidik, Lecturer atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan pendidikan
4) Pendakwah samada sebagai seorang Pendakwah bebas @ Guru Agama
5) Business Owner Lebih mudah dan confident bila bercakap dengan staff
JANGAN TUNGGU LAGI – AYOH BERUBAH HARI INI!
Setiap detik anda menunda, adalah peluang yang hilang. Ambil langkah pertama untuk menjadi versi terbaik diri anda!
"Your Words Have Power🎤 – Speak to Change Lives & Transform Your Future!" 🚀
LATIHAN / PROGRAM STIFIn TOOLS
Program Pembangunan Pasukan Dan Kepimpinan
Training khas untuk Organisasi yang ingin meningkatkan kerjasama pasukan dan juga peningkatan kemahiran Kepimpinan dengan "Teknik Effective" STIFIn Tools.





