Who We Are?
Misi & Visi Syarikat
Membantu Individu & Organisasi mencapai Potensi Tertinggi melalui “Konsep STIFIn”
Menjadi Syarikat yang didambakan oleh ramai orang dalam dalam keperluan “Training & Consultation”. Konsep STIFIn menjadi “BEST PRACTICE” sebagai “Tools” dalam pengembangan diri, pembelajaran, bidang kerjaya, syarikat dan organisasi.
Our Core Values (Nilai Teras)
Nilai teras adalah prinsip utama yang Memandu Operasi dan Perkhidmatan Syarikat kami. Berikut adalah Core Value kami di STIFIn Genetic Malaysia:
- Potensi Diri untuk semua – Setiap Individu mempunyai potensi unik yang boleh dikembangkan untuk mencapai kecemerlangan.
- Ilmu berasaskan Kajian Barat, Ilmuan Islam dan Teknologi Biometrik – Kami menggunakan pendekatan saintifik melalui STIFIn untuk membantu individu memahami diri mereka dengan lebih mendalam dan telah dikaji oleh UKM & UPSI
- Integriti dan Profesionalisme – Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang jujur, telus, dan profesional kepada setiap pelanggan
- Inovasi Berterusan – Kami sentiasa mencari cara baru untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan program latihan kami
- Kepuasan Pelanggan – Kepuasan dan kejayaan pelanggan adalah keutamaan kami
Extraordinary Experiences
(Pengalaman Luarbiasa)
Pengalaman luar biasa adalah perkara yang membezakan syarikat kami daripada yang lain. Ia adalah nilai tambah yang akan menarik minat pelanggan. Berikut adalah Pengalaman STIFIn Genetic Malaysia :
- Mendapat Sokongan dan Kerjasama Padu – Pihak STIFIn Pusat, STIFIn Genetic, STIFIn Institute, Yayasan STIFIn, Rumah Quran STIFIn dan Akademi Trainer memberikan dokongan dan sokongan padu dalam kami memperkembangan STIFIn di Malaysia
- Keputusan Ujian Personal Luarbiasa dan Mendalam – Pelanggan akan mengalami ujian STIFIn yang bukan sekadar mengenal pasti Personaliti, tetapi juga mendedahkan Potensi Genetik tersembunyi mereka
Program Latihan Interaktif dan Praktikal – Workshop, Seminar, dan Program Latihan kami dirancang untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan, dan mudah diaplikasikan dalam kehidupan seharian
Transformasi Diri berdasarkan Fitrah Personaliti Genetik – Pelanggan akan merasai perubahan positif dalam diri mereka selepas mengikuti program kami, sama ada dalam kerjaya, hubungan, atau kehidupan peribadi dengan kembali kepada Fitrah dijadikan ALLAH
- Trainer dan Fasilitator Berpengalaman dan Berpengetahuan – Pelanggan akan dibimbing oleh Team Kami bukan sahaja mahir dalam STIFIn, tetapi juga mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan diri dan latihan
- Keseronokan dan Kesesuaian – Setiap program kami dirancang untuk memberikan pengalaman yang selesa dan menyeronokkan, sama ada secara fizikal mahupun dalam talian serta boleh juga disesuaikan dengan keperluan individu, pasukan, atau organisasi untuk memastikan hasil yang optimum
Barisan Professional Trainer
Solver Dr Wan Hassan Wan Ahmad
Dr. Wan Hassan telah menamatkan pengajian MBA beliau di University of Wales, Cardiff, pada Jun 1997. Memiliki sijil profesional sebagai jurulatih bertauliah dalam Napoleon Hill’s Science of Success dan HRDC Certified Train The Trainer, beliau membawa kekayaan pengalaman dan kepakaran dalam kerjayanya.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah dan pensyarah sambilan di Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia. Dr. Wan Hassan mempunyai pemahaman mendalam dalam bidang pengurusan “stress”, gaya hidup sihat, kepimpinan, motivasi menggunakan teknik REMBO, coaching, mentoring, kerja berpasukan yang efektif, komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan persediaan persaraan.
Dengan pengalaman hidup yang berharga, beliau menghubungkan pembelajaran melalui penceritaan yang berkesan. Seorang penulis berjaya dalam bidang pembangunan diri, Buku terbaru beliau, “Passport Muhammad Rasulullah S.A.W: A Biography”, mencerminkan komitmennya dalam berkongsi ilmu. Dr. Wan Hassan juga telah berkongsi pandangan beliau mengenai buku ini dalam satu rancangan di TV3 Al Kuliyyah.
Solver Jasmi Harun
Jasmi Harun merupakan seorang profesional yang mahir dan bertauliah dengan pengalaman luas dalam bidang latihan, Pengurusan Kualiti, dan Kepimpinan Teknikal. Dengan sijil-sijil daripada institusi berprestij seperti HRDCorp, STIFIn Institute, Dale Carnegie, dan Citroen France, Jasmi telah menunjukkan kepakaran dalam bidang seperti coaching yang efektif, fasilitasi inovatif, dan kawalan kualiti.
Kerjayanya merangkumi peranan dalam Pengurusan Pengeluaran, Pengurusan Teknikal, dan Kepimpinan Serantau dalam industri automotif, termasuk jawatan di Cycle & Carriage Bintang Berhad, Proton Edar, dan Naza Quest.
Selain itu, Jasmi telah menyumbang kepada arena Hobi Sukan Permotoran Antarabangsa sebagai “Race Director” untuk acara “World Challenge Remote Control Powerboat di Abu Dhabi 2020”. Kepelbagaian kemahiran dan pencapaian profesionalnya menyerlahkan komitmennya terhadap kecemerlangan dan kepimpinan dalam kedua-dua domain Korporat dan Teknikal.
Sijil Profesional:
- Jurulatih Bertauliah HRDF – Kementerian Sumber Manusia Malaysia
- Jurulatih Bertauliah CVET – Kementerian Sumber Manusia Malaysia
- Jurulatih Bertauliah TVET – Kementerian Sumber Manusia Malaysia
- Solver Bertauliah (WSL3) – STIFIn Institute
- Jurulatih Bertauliah – STIFIn Institute
- Bertauliah Dale Carnegie – Leading Daring To Dale Training
- Program Coaching Efektif Bertauliah – People Performance & Consulting
- Inner Side of Effective PeopleBertauliah – Top Performance Leadership Center
- Latihan Kualiti Bertauliah – Citroen, Perancis
- Fasilitator Innovative Creative Circle (ICC)Bertauliah
- Pengenalan dan Penghargaan ISO 9001:2008 Bertauliah – SIRIM Berhad
- Quality Control CircleBertauliah – Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
- HNT Advanced Driving & Ride and HandlingBertauliah – RND Proton
- Pengamal Profesional Kompetensi Diiktiraf – SMR HR Group
- Race Director untuk RC Powerboat International & World Challenge (Abu Dhabi)
Bro Aiman Ismail
Bro Aiman Bertauliah sebagai Jurulatih & Perunding STIFIn dari STIFIn Institute, Jakarta, Indonesia
Bertauliah sebagai Jurulatih dari Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Malaysia (HRDCorp)
Ijazah Associate of Science in Business Administration (A.B.A) dari University of People, California, USA
Bertauliah dalam Neuro-Psikologi dari Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA)
Membawa pengalaman yang dikumpulkan dalam interaksi manusia dan pengurusan orang sejak awal kerjaya profesionalnya bersama sebuah syarikat Malaysia-Arab Saudi dalam sektor runcit.
Telah menjalankan latihan dan perundingan untuk profesional, keluarga, dan organisasi dengan menggunakan Ujian Kecerdasan STIFIn serta mengendalikan pelbagai latihan pembangunan personaliti. Terlibat sebagai fasilitator latihan untuk lebih daripada 300 program latihan bagi sektor korporat dan kerajaan sejak tahun 2014, terutamanya dalam bidang pembangunan diri, pengurusan stres, kepimpinan, komunikasi, dan pembinaan pasukan
